KUALA LUMPUR: Malaysia berusaha untuk menarik masuk ‘unicorn’ (pemula niaga) global ke negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tapak teras Asia Tenggara bagi syarikat teknologi global menerusi Unicorn Golden Pass.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kemasukan syarikat ‘unicorn’ ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Unicorn merupakan terma yang merujuk syarikat pemula persendirian yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion.
Dalam masa sama, Rafizi berkata, ia mampu membentuk satu saluran untuk bakal usahawan dan pemimpin kanan dalam bidang teknologi.
“Sebagai balasan, kami menawarkan pakej insentif, termasuk yuran yang dikecualikan untuk pas pekerjaan pengurusan kanan, sewa bersubsidi, kadar cukai konsesi ke atas keuntungan korporat, perkhidmatan penempatan semula dan sebuah 'startup concierge' yang menguruskan pendaftaran untuk permulaan,” kata beliau.
Rafizi berkata demikian semasa berucap pada Sidang Kemuncak KL20 2024 yang bermula hari ini, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
KL20 2024 dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidang Kemuncak KL20 2024, yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi, bakal merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk pemula dan pemodal teroka, serta mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula terbaik global menjelang 2030.
Lebih 3,000 peserta terdiri daripada pelabur antarabangsa dan syarikat-syarikat pemula niaga dijangka menghadiri acara yang berlangsung selama dua hari itu.
Berucap lanjut, Rafizi berkata, di bawah Pas Inovasi pula, pihaknya sedang mencari untuk memperbesar kumpulan bakat berkemahiran tinggi dalam negara.
Jelas beliau, kerajaan memperkenalkan program pas pekerjaan pelbagai peringkat yang memberikan manfaat yang disesuaikan kepada pengasas, pengurusan kanan, bakat berkemahiran tinggi serta bakat am dalam teknologi.
Sementara itu, Rafizi berkata, Pelan Tindakan KL20 yang dilancarkan hari ini dijangka menjana penilaian tambahan syarikat pemula niaga mencecah RM400 bilion menjelang 2030, dengan sasaran pelaburan modal teroka (VC) tahunan mencecah RM750 juta.
Ujarnya, pelan tindakan KL20 menggariskan inisiatif baharu yang akan mempercepatkan bidang kritikal ekosistem merangkumi modal, bakat dan kualiti syarikat pemula niaga.
“Cita-citanya adalah menjadikan Malaysia destinasi pilihan bagi pertumbuhan modal peringkat awal; menjadi negara sebagai pusat usahawan bertaraf dunia dan bakat berkemahiran; serta menjadi hab bagi syarikat pemula terkemuka dunia yang ingin berkembang,” katanya.
Hasimi Muhamad
Mon Apr 22 2024
Rafizi (dua, kanan) mengiringi Perdana Menteri Anwar (tengah) merasmikan Sidang Kemuncak KL 20 2024 di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kiri). - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.